SERENDAH: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali telah
menghubungi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Majlis Daerah Hulu
Selangor untuk segera menghulurkan bantuan kepada mangsa kejadian tanah
runtuh di Serendah, awal pagi tadi.
Azmin yang kini berada di Jepun atas urusan kerja, dimaklumkan berkenaan kejadian itu, beberapa jam selepas ia berlaku.
Dalam beberapa siri tweet di akaun Twitter, Azmin berkata kerajaan
Negeri mahu tindakan yang proaktif diambil segera untuk menjamin
keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Dalam tweet terbarunya, Azmin memaklumkan JKR Selangor akan segera ambil alih kerja-kerja pembaikan jalan yang runtuh.
Kesemua kos akan dibiayai oleh peruntukan kerajaan Negeri.
Dalam kejadian di Taman Idaman, Serendah itu, seorang dilaporkan
cedera, manakala sekurang-kurangnya enam kereta, dua motosikal dan
sebuah van milik penduduk taman itu turut tertimbus dalam runtuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan