Selasa, 22 November 2016

39GwAQ7PeH7fJTFa4DXguurfn7GULq2pTs

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Wakil rakyat mewakili kerajaan negeri terus mempertikaikan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) Pulau Pinang bagi pelaksanaan projek terowong dasar laut.
 
Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) berkata, wujud jawapan bercanggah pada halaman berbeza mengenai perkara tertentu yang dinyatakan dalam laporan PAC negeri.
 
Sehubungan itu, katanya, pakar yang menyediakan laporan itu diminta memperincikan status bayaran RM305 juta yang digunakan kerajaan negeri ketika menjalankan Kajian Kebolehlaksanaan (EIA) projek itu.
 
"Bagaimana status bayaran kajian itu, sama ada dalam bentuk pampasan tanah, konsensus atau wang tunai berjumlah jutaan ringgit yang digunakan bagi tujuan EIA, sekiranya Kerajaan Pusat menolak projek terowong ini? "Adakah semua bayaran ini akan dikembalikan kepada kerajaan negeri" katanya ketika membahaskan Bajet Pulau Pinang 2017 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.
 
Tee Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) turut membangkitkan isu pampasan tanah oleh kerajaan negeri bagi membiayai EIA projek berkenaan.
 
Selain itu, Yee Cheu turut mempersoalkan  status projek pembangunan di tanah diberi sebagai pampasan bagi EIA projek terowong itu di Tanjung Pinang, di sini. "Bagaimana dengan pembangunan di atas tanah itu sekiranya projek terowong laut tidak diluluskan Kerajaan Pusat," katanya.
 
 

Tiada ulasan: