Selasa, 22 November 2016

Cadangan mansuh UPSR akan diputuskan tahun depan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Cadangan sama ada untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau tidak, hanya akan dimuktamadkan pada tahun hadapan.
 
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, buat masa ini cadangan tersebut masih dibincangkan di peringkat kementerian.
 
“Kami masih membuat analisis berasaskan pandangan yang dikemukakan pihak-pihak berkepentingan termasuk ahli akademik dan pengurusan sekolah di luar negara.
 
“Kita masih mengkaji perkara ini kerana penilaian institusi pendidikan di negara membangun lebih bersandarkan pentaksiran berasaskan sekolah,” katanya di Lobi Parlimen di sini hari ini.
 
 

Tiada ulasan: