KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah
RM407.8 bilion (bersamaan AS$98.3 bilion) pada 15 November 2016
berbanding RM405.5 bilion (bersamaan AS$97.8 bilion) pada 31 Oktober
2016.
Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata paras rizab mencukupi untuk
membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negeri
jangka pendek. Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang
asing (AS$90.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa
(AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas
(AS$1.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.9 bilion).
Aset bank pusat termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain
termasuk SDR (RM407.839 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM1.765
bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.2 bilion), pinjaman dan
pendahuluan (RM7.845 bilion), tanah dan bangunan (RM2.114 bilion) dan
aset lain (RM6.121 bilion).
Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM123
bilion), mata wang dalam edaran (RM91.348 bilion), deposit oleh
institusi kewangan (RM177.277 bilion), deposit oleh Kerajaan Persekutuan
(RM8.47 bilion), deposit lain (RM804.769 juta), kertas Bank Negara
(RM6.631 bilion), peruntukan SDR (RM7.759 bilion) dan liabiliti lain
(RM11.522 bilion).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan