SUBANG JAYA: Masih belum ada keputusan muktamad berhubung kenaikan
kadar tol di empat lebuh raya tahun depan, tegas Timbalan Yang Dipertua
Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Sazally
Saidi.
Menurut Sazally, syarikat-syarikat konsesi lebuh raya masih dalam perbincangan dengan kerajaan berhubung perkara berkenaan.
"Pihak konsesi memang berhak meminta kenaikan tol berdasarkan
perjanjian konsesi lebuh raya, cuma kita masih mengadakan perbincangan
secara berterusan dengan pihak kerajaan berhubung perkara tersebut,"
katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kerja
Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, semalam mengenai hanya empat lebuh
raya berhak menerima kenaikan tol pada tahun depan berdasarkan
perjanjian konsesi lebuh raya yang masih berkuat kuasa.
Semalam, Fadillah berkata hanya empat lebuh raya berhak menerima
kenaikan tol pada tahun depan berdasarkan perjanjian konsesi lebuh raya
yang sedang berkuat kuasa.
Empat lebuh raya berkenaan, kata Fadillah, ialah Lebuhraya Penyuraian
Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya
Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan