KUALA LUMPUR: Cadangan sama ada untuk memansuhkan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) atau tidak, hanya akan dimuktamadkan pada tahun
hadapan.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, buat masa ini
cadangan tersebut masih dibincangkan di peringkat kementerian.
“Kami masih membuat analisis berasaskan pandangan yang dikemukakan
pihak-pihak berkepentingan termasuk ahli akademik dan pengurusan sekolah
di luar negara.
“Kita masih mengkaji perkara ini kerana penilaian institusi pendidikan
di negara membangun lebih bersandarkan pentaksiran berasaskan sekolah,”
katanya di Lobi Parlimen di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.