shahbudindotcom
Kata
anak Perdana Menteri yang bernama Nizar Najib, selagi kita berada di
pihak yang benar dan tidak buat salah, tiada apa-apa yang perlu kita
takutkan.
Sehubungan
itu, katanya, beliau tidak bimbang dengan tuduhan-tuduhan liar terhadap
keluarganya kerana mereka di pihak yang benar.
Betulkah begitu?
Pernahkah
beliau bertanya kepada ayahnya, Najib Razak mengapa memecat Peguam
Negara, mengapa beberapa menteri dibuang, mengapa tidak menyaman WSJ,
mengapa mengOSAkan laporan audit 1MDB, mengapa tidak berani menjawab
soalan tentang 1MDB di Parlimen, mengapa menolak MLA yang dipohon oleh
Peguam Negara Switzerland dan puluhan mengapa lagi yang perlu dijawab
dengan jujur dan ikhlas.
Selagi
tidak mendapat jawapan yang sebenar daripada ayahnya sendiri kepada
persoalan-persoalan tersebut, bagaimana Nizar begitu yakin keluarganya
berada di pihak benar?
Adakah
Nizar benar-benar faham maksud ungkapan "selagi kita berada di pihak
yang benar dan tidak buat salah, tiada apa-apa yang perlu kita takutkan"
itu?
Adakah ayahnya memiliki ciri-ciri seperti yang disebutnya itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.