GEORGETOWN: Wakil rakyat mewakili kerajaan negeri terus mempertikaikan
Laporan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) Pulau Pinang bagi pelaksanaan
projek terowong dasar laut.
Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) berkata, wujud jawapan bercanggah pada
halaman berbeza mengenai perkara tertentu yang dinyatakan dalam laporan
PAC negeri.
Sehubungan itu, katanya, pakar yang menyediakan laporan itu diminta
memperincikan status bayaran RM305 juta yang digunakan kerajaan negeri
ketika menjalankan Kajian Kebolehlaksanaan (EIA) projek itu.
"Bagaimana status bayaran kajian itu, sama ada dalam bentuk pampasan
tanah, konsensus atau wang tunai berjumlah jutaan ringgit yang digunakan
bagi tujuan EIA, sekiranya Kerajaan Pusat menolak projek terowong ini?
"Adakah semua bayaran ini akan dikembalikan kepada kerajaan negeri"
katanya ketika membahaskan Bajet Pulau Pinang 2017 pada sidang Dewan
Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.
Tee Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) turut membangkitkan isu pampasan
tanah oleh kerajaan negeri bagi membiayai EIA projek berkenaan.
Selain itu, Yee Cheu turut mempersoalkan status projek pembangunan di
tanah diberi sebagai pampasan bagi EIA projek terowong itu di Tanjung
Pinang, di sini. "Bagaimana dengan pembangunan di atas tanah itu
sekiranya projek terowong laut tidak diluluskan Kerajaan Pusat,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.