Sabtu, 2 Julai 2016

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan di Dhaka

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam serangan tembakan di Dhaka, Bangladesh malam tadi, demikian menurut Wisma Putra.
 
Menurut kenyataan itu, Malaysia mengutuk serangan yang meragut tiga nyawa dan mencederakan 30 orang itu.
 
"Kira-kira 20 rakyat pelbagai negara terutama Itali menjadi tebusan oleh sembilan lelaki bersenjata dalam serangan di Holey Artisan Bakery Cafe yang popular dalam kalangan pelancong di Dhaka.
 
"Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka akan terus memantau perkembangan terkini," menurut kenyataan itu.
 
Sehubungan itu, Malaysia menggesa kerajaan Bangladesh memperhebatkan usaha membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan dan juga meneruskan usaha membebaskan tebusan.
 
Dalam kejadian malam tadi, penyerang bersenjata menyerbu sebuah restoran yang popular di kalangan pelancong di ibu kota Bangladesh, dan menahan kira-kira 20 pengunjung serta berbalas tembakan dengan polis. 
 
Antara yang dijadikan tebusan adalah tujuh warga Itali.
 
Militan IS mendakwa bertanggungjawab menyerang restoran itu, yang menyaksikan dua pegawai polis maut.
 
 

Tiada ulasan: