Selasa, 19 Julai 2016

Tangguh keputusan kes Safwan positif, kata peguam

ARIF ATAN


Safwan (dua dari kanan) diiringi rakan rakan dan penyokong beliau pagi tadi. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh Safwan (dua dari kanan) diiringi rakan rakan dan penyokong beliau pagi tadi. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh


Keputusan penangguhan keputusan kes hasutan terhadap Pengerusi NGO Lensa Anak Muda (Lensa), Safwan Anang dilihat sebagai satu perkembangan positif.

Peguam Safwan, Ariff Azami dilapor berkata, walaupun kemenangan sepenuhnya belum diperoleh tetapi keputusan berkaitan Akta Hasutan itu disambut baik.

“Bila kita sudah dapat satu tarikh yang diberikan pihak mahkamah, kita mengharapkan keputusan akan memihak kepada kita, perjuangan anak muda dan juga perjuangan demokrasi di negara kita,” ujarnya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menangguhkan keputusan kes berkenaan kepada tarikh yang akan dimaklumkan pada masa akan datang.

“Perkara ini sangat teknikal kami perlukan masa untuk meneliti kes ini," jelas hakim Datuk Mohtarudin Baki seperti dipetik.

Dalam hal berkaitan, aktivis Nashita Md Noor berkata, salah seorang hakim bagi kes Safwan hari ini adalah hakim yang sama untuk keputusan rayuan kes sekumpulan demonstran dikenali sebagai Orang Kena Zalim 12 (OKZ12).

Mereka terlibat dalam demonstrasi membantah rampasan kuasa Perak di hadapan Istana Bukit Chandan di Kuala Kangsar pada 2009.

Safwan, 27, yang juga bekas pengerusi Solidariti Mahasisiwa Malaysia (SMM) sebelum ini dijatuhi hukuman 10 bulan penjara mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 ekoran ucapannya pada 13 Mei 2013.

Tiada ulasan: