TELOK PANGLIMA GARANG - Kenderaan rasmi Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi terlibat dalam satu kemalangan di Telok Panglima Garang, petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang melibatkan beberapa buah kenderaan.
Ahmad Yunus ketika dihubungi berkata, kenderaannya dipandu oleh pemandu peribadinya, Shahrul Fadhilah yang baharu sahaja selesai menghadiri program.
Menurutnya, ketika kejadian kenderaan berhenti semasa di lokasi lampu isyarat di Pekan Telok.
"Masa tu ada sebuah kenderaan dari arah belakang melanggar kereta saya.
"Saya fikir pemandunya tak tekan brek dan secara tiba-tiba saya terasa bahagian belakang kereta saya dilanggar,"katanya lagi.
Dalam pada itu, Ahmad Yunus turut dilihat membantu mengawal keadaan lalulintas sejurus terlibat dalam kemalangan itu.
Katanya lagi, beliau baharu sahaja menghadirkan diri dalam satu program bersama masyarakat India di Dewan Sri Jugra dan dalam perjalanan ke Masjid Sijangkang.
Bagaimanapun, pemandunya tidak mengalami kecederaan dan laporan polis akan dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan