Dalam usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan, pegawai kanan dari kementerian kewangan tidak boleh lagi melakukan perjalanan menaiki pesawat penerbangan kelas pertama.
Mereka kini hanya dibenarkan menaiki kelas bisnes atau kelas ekonomi, menurut perbendaharaan negara.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan
Serigar Abdullah berkata,
"Walaupun (untuk) Kementerian Kewangan , tiada lagi perjalanan kelas pertama. Semua pegawai senior (mesti) sama ada menaiki kelas bisnes atau kelas ekonomi," katanya.
"Walaupun (untuk) Kementerian Kewangan , tiada lagi perjalanan kelas pertama. Semua pegawai senior (mesti) sama ada menaiki kelas bisnes atau kelas ekonomi," katanya.
Bercakap di sebuah forum mengenai pengubahsuaian bajet di
Putrajaya hari ini, beliau menjelaskan kementerian-kementerian kini
cuba mengurangkan perbelanjaan mengurus mereka.
Beliau menambah, sebagai sebahagian usaha memotong
perbelanjaan, hidangan ringan tidak akan disediakan sepanjang mesyuarat
dan acara.
"Walaupun untuk acara hari ini, dari 12 tengah hari
hingga 2 petang, tiada makanan disediakan. Kami hanya mendapat (sebotol)
air mineral," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan