shahbudindotcom
Rancangan
menggugurkan Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar kini
menimbulkan persoalan baru berikutan Jemaah Pemangku Diraja Kedah
dilaporkan ingin menemui kesemua 21 ADUN BN negeri itu secara individu
terlebih dahulu.
Pertemuan
itu dikatakan akan diadakan pada Isnin (esok) untuk membolehkan Jemaah
Pemangku Diraja Kedah menilai sama ada majoriti ADUN bersetuju dengan
rancangan menukar Mukhriz atau sebaliknya.
Mukhriz
juga akan turut dipanggil, tetapi beliau akan mengadakan pertemuan
secara berasingan dengan Jemaah Pemangku Diraja Kedah.
Yang menimbulkan persoalan ialah mengapa Jemaah Pemangku Diraja Kedah ingin menemui kesemua 21 ADUN BN itu?
Apakah ia semata-mata kerana Mukhriz enggan mengundurkan diri dan yakin sokongan masih berpihak kepadanya?
Jika
begitu, apakah akaun bersumpah yang sudah dibuat oleh 19 daripada 21
ADUN BN sebelum ini masih lagi tidak mencukupi atau ianya tidak begitu
diyakini?
Apakah
pertemuan Najib Razak dengan Jemaah Pemangku Diraja Kedah pada Jumaat
lalu untuk maksud yang sama sambil mempersembahkan nama calon Menteri
Besar yang baru, dianggap gagal dan menemui jalan buntu?
Apakah
pertemuan pemimpin UMNO Kedah dengan Najib di ibu pejabat UMNO dan
kemudian diikuti dengan pertemuan kedua antara ADUN-ADUN Kedah dengan
Perdana Menteri serta sidang akhbar di Alor Setar yang diketuai oleh
Ahmad Bashah minggu lalu, dianggap tidak bermakna apa-apa dan membuang
masa saja?
Tidakkah
permintaan untuk bertemu dengan ADUN-ADUN itu merupakan tanda tersirat
bahawa Istana Kedah lebih mahukan Mukhriz terus dikekalkan memimpin
negeri itu?
Apakah
kesemua ADUN yang sudah menandatangani akaun bersumpah itu terus kekal
dengan pendirian mereka atau akan "goyang" apabila bercakap dan diminta
berterus-terang secara individu di depan Jemaah Pemangku Diraja?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan