Khamis, 28 Januari 2016

Fahmi Reza ikut jejak Najib pulang duit ganti rugi DBKL

 
Berbeza dengan Najib yang hanya pulangkan sebahagian daripada dana yang kononnya disumbangkan kepadanya, Fahmi tak merancang untuk mengambil satu sen pun duit itu.


fahmi-reza,cek


PETALING JAYA: Aktivis Occupy Dataran, Fahmi Reza yang pernah menerima wang ganti rugi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis kerana ditahan secara tidak sah pada tahun 2012 memuat naik status bahawa dia juga bertindak sama seperti Najib Tun Razak dengan memulangkan kembali wang yang diterimanya itu.

“Ingat lagi kes aku menang lawan DBKL dan PDRM tahun lepas?

“Akhirnya DBKL dah hantar aku cek duit gantirugi dan kos yang diperintahkan oleh mahkamah.
Nak tahu apa aku nak buat dengan duit ni?

“Mengikut jejak langkah Perdana Menteri kita yang maha bijaksana, aku juga buat keputusan untuk pulangkan balik duit ni, tapi bukan kepada keluarga diraja Arab Saudi atau kepada DBKL, tetapi kepada rakyat.

“Tapi berbeza dengan Najib yang hanya pulangkan sebahagian daripada dana yang kononnya disumbangkan kepada dia, aku tak merancang untuk ambik satu sen pun duit ni. Kesemuanya akan disalurkan ke dalam sebuah tabung yang akan berikan dana kepada projek-projek dan usaha-usaha aktivisme melawan korupsi penguasa yang korup seperti Najib Razak,” tulisnya dalam status Facebook miliknya hari ini.

“Aku bukan pulangkan balik duit ni sebab aku dah banyak duit, sebab aku pun struggle buat kerja freelance untuk cari makan macam korang jugak, tapi aku buat atas dasar prinsip.Aku masih menunggu cek daripada PDRM. Aku akan kongsi lebih detail bagaimana dana ni akan disalurkan selepas cek tu sampai nanti,” tambahnya.

Fahmi ditahan pada 22 April 2012 sewaktu pihak DBKL cuba mengosongkan Dataran Merdeka daripada aktivis Occupy Dataran yang berkampung di situ.

Mereka berkampung di situ susulan daripada demonstrasi pada 14 April 2012 bagi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan pendidikan percuma.

Tiada ulasan: