NORAIZURA AHMAD
Ketua Polis Daerah Shah
Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ketika kejadian mangsa
dalam keadaan basah kerana hujan lebat dan memegang bidai tembaga
sebelum berlakunya petir. Foto hiasan TRP
SHAH ALAM, Seorang guru lelaki maut selepas disambar petir di sebuah sekolah menengah di Seksyen 11, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang
itu, mangsa, Mohd Farhan Masudi, 32 dikatakan berteduh bersama lima guru
lain di kawasan dewan sekolah selepas menjalani aktiviti di padang
sekolah.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten
Komisioner Shafien Mamat berkata, ketika kejadian mangsa dalam keadaan
basah kerana hujan lebat dan memegang bidai tembaga sebelum berlakunya
petir.
Menurutnya, mangsa terkena renjatan eletrik dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
“Dua rakan mangsa berusia dalam
lingkungan 30-an yang cuba membantu turut terkena renjatan elektrik dan
pengsan di tempat kejadian.
“Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke
Hospital Shah Alam untuk rawatan sebelum Mohd Farhan disahkan meninggal
dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, dua rakan mangsa kini dilaporkan stabil.
Shafien berkata, mangsa yang mengajar di
sebuah sekolah di Tanjung Karang itu hadir ke sekolah berkenaan bagi
menghadiri kursus kejurulatihan bola sepak yang turut disertai 40 orang
guru dari seluruh negeri Selangor.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan