Perkiraan itu dibuat berdasarkan momokan rakyat terhadap sesuatu isu melibatkan Perdana Menteri.
PETALING JAYA: Rakyat negara tahu membaca strategi politik Datuk Seri Najib Razak yang didakwa kotor dan menjijikkan.
Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin membuat perkiraan itu berdasarkan momokan yang dibuat rakyat setiap kali sesuatu isu berlaku melibatkan Perdana Menteri.
“Tidak sukar untuk rakyat membaca permainan Perdana Menteri dalam mencatur politik peribadi beliau. Semuanya digerakkan dalam strategi tersusun, namun ianya kotor dan menjijikkan,” katanya kepada FMT, di sini, hari ini.
Perkara berkenaan mengiakan tekaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Mukhriz hanyalah mangsa percaturan politik oleh Perdana Menteri.
Jelasnya, tidak cukup dengan itu, kemarahan rakyat bertambah apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan keputusannya membersihkan segala dakwaan terhadap Perdana Menteri berhubung isu SRC International dan derma RM2.6 bilion, sekali gus mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes berkenaan.
Anina berkata, kemarahan rakyat kemudiannya menjadi tangisan terhadap Perdana Menteri apabila Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) diluluskan dengan persetujuan seramai 127 ahli Parlimen.
“Rakyat menangis melihat ahli Parlimen tersenyum riang di lobi Parlimen (sebaik sahaja TPPA diluluskan),” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan