ADNAN MOHAMAD
Timbalan Presiden PKR,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini dapat memberi ruang cukup baik
bagi parti itu dalam hubungan antara parti politik yang berpegang kepada
semangat agenda reformasi untuk bawa perubahan dalam sistem
pemerintahan negara. - Foto TRP
KOTA BHARU, PKR bertegas mahu mengukuhkan hubungan
dalam Pakatan Harapan (PH) dan dalam masa yang sama mengekalkan tahaluf
siyasi dengan Pas.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali berkata ini dapat memberi ruang cukup baik bagi parti itu
dalam hubungan antara parti politik yang berpegang kepada semangat
agenda reformasi untuk bawa perubahan dalam sistem pemerintahan negara.
“Saya ingin tegaskan kita ingin kukuhkan hubungan dengan parti dalam PH iaitu DAP dan Amanah.
“Pada masa sama mengekalkan kerjasama
dalam PR bersama Pas,” katanya ditemui media selepas Majlis Amanat
Pimpinan Pusat di sini hari ini.
Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri
(PRN) Sarawak, Azmin berkata pihaknya ada melakukan perbincangan dengan
Pas dan difahamkan sudah ada satu kata muafakat sudah dipersetujui.
“Kita
harus mengetahui hakikat pada PRN lalu Pas bertanding enam kerusi dan
pertemuan itu kita telah membincangkan kedudukan kerusi yang akan
dipersetujui secara bersama.
“Dan sudah tentu kita perlu berbincang
dengan PH kerana prinsip kita kekalkan prinsip ‘satu lawan satu’ pada
PRU akan datang,” katanya.
Menurutnya semua pertindihan perlu
diselesaikan dan harap dapat diselesaikan lebh awal sebab persediaan
perlu dibuat kerana khususnya Sarawak sebuah negeri yang luas.
Bagaimanapun, katanya, seperti mana PRU
lalu, rundingan mengambil masa tetapi diyakini dengan kebijaksanaan
semua parti politik yang ada ianya dapat diselesaikan dalam masa
terdekat.
“Kita sudah berbincang beberapa kali
tetapi belum dimuktamadkan lagi dan. Kita akan memaklumkan apabila tiba
masa yang sesuai,” katanya yang dijadual berangkat ke Sarawak bersama
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan