Pelajar universiti harus memahami bahawa Kerajaan
Persekutuan kini menghadapi kesukaran dari segi ekonomi yang disebabkan
oleh faktor luaran.
PUTRAJAYA: Pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukanlah langkah terbaik untuk membantu siswa.
Tetapi, siswa diminta supaya memahami Kerajaan Persekutuan kini menghadapi kesukaran dari segi ekonomi yang disebabkan oleh faktor luaran.
“Keputusan ini merupakan keputusan yang sukar dicapai setelah perbincangan dilakukan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan juga saya sendiri. Keputusan kami jelas, kami mahukan pelajar-pelajar pintar kita menikmati peluang menyambung pelajaran.
“Saya memahami penstrukturan ini bukanlah satu penyelesaian yang sempurna. Bagaimanapun, kita berharap agar mereka memahami dan sabar kesan yang kerajaan hadapi ekoran dari faktor luaran,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita di PICC, hari ini.
Sebelum ini, Najib telah memutuskan 4 program tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diteruskan melalui pengubahsuaian Bajet 2016 itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan