Khamis, 28 Januari 2016

Tiada lagi penerbangan kelas pertama untuk pegawai kanan

Geraldine Tong


 


Dalam usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan, pegawai kanan dari kementerian kewangan tidak boleh lagi melakukan perjalanan menaiki pesawat penerbangan kelas pertama.

Mereka kini hanya dibenarkan menaiki kelas bisnes atau kelas ekonomi, menurut perbendaharaan negara.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata,


"Walaupun (untuk) Kementerian Kewangan , tiada lagi perjalanan kelas pertama. Semua pegawai senior (mesti) sama ada menaiki kelas bisnes atau kelas ekonomi," katanya.

Bercakap di sebuah forum mengenai pengubahsuaian bajet di Putrajaya hari ini, beliau menjelaskan kementerian-kementerian kini cuba mengurangkan perbelanjaan mengurus mereka.

Beliau menambah, sebagai sebahagian usaha memotong perbelanjaan, hidangan ringan tidak akan disediakan sepanjang mesyuarat dan acara.

"Walaupun untuk acara hari ini, dari 12 tengah hari hingga 2 petang, tiada makanan disediakan. Kami hanya mendapat (sebotol) air mineral," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.