THE RAKYAT POST
Nama Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, yang
juga ADUN Bakar Bata dikatakan tidak tersenarai. - Foto TRP/Adib Hakim
KUALA LUMPUR, Tiga nama calon Menteri Besar Kedah
dipercayai dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada
Jemaah Pemangku Sultan Kedah dalam pertemuan di Istana Darul Aman, di
sini pagi tadi.
Menurut sumber yang dipetik BH Online,
tiga calon tersebut adalah ADUN Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abdul Rahman
Ku Ismail; ADUN Ayer Hangat Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu,
Datuk Azmi Che Husin.
Bagaimanapun, nama Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, yang
juga ADUN Bakar Bata dikatakan tidak tersenarai.
Dr Ku Abd Rahman adalah Exco Jawatankuasa
Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam negeri, Hal Ehwal Pengguna
dan Koperasi negeri, manakala Mohd Rawi adalah Exco Agama, Hal Ehwal
Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya serta Azmi adalah
Timbalan Speaker Dewan DUN Kedah.
Berdasarkan
tiga nama itu, Dr Ku Abd Rahman dilihat berpotensi untuk dilantik
berdasarkan latar belakangnya selain menjadi Exco paling kanan dalam
barisan kepemimpinan kerajaan negeri.
Difahamkan, 21 ADUN Barisan Nasional (BN) Kedah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri pada Selasa lalu di Putrajaya.
Pada 20 Januari lalu, Ahmad Bashah
bersama 14 Ketua Bahagian mengadakan sidang media meminta Menteri Besar,
Datuk Seri Mukhriz Mahathir berundur daripada jawatannya selepas
majoriti daripada mereka hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap
beliau yang juga Pengerusi Umno Kedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan