Saman WSJ Najib Razak Saman Isu 2.6 Bilion di Mahkamah Malaysia Sebab Tidak Terkenal di Amerika Syarikat?
Alhamdulillah, setelah melepasi beberapa
kali hari Selasa yang terus menjadi penantian rakyat Malaysia dan juga
selepas beratus kali matahari terbit dan terbenamnya sejak daripada
cakap-cakap akan, akan dan akan berlakunya tindakan Najib Saman WSJ Wall
Street Journal pada hari Selasa yang dahulu.
Akhirnya…..
Akhirnya, Najib Razak melalui barisan
peguam yang dilantiknya diketuai Datuk Hafarizam Harun akan saman WSJ
Wall Street Journal bukannya di Amerika Syarikat tetapi di Malaysia, di
kampung halaman sendiri.
Nama Malaysia cukup buruk pada ketika
ini melalui siri laporan berita dan akhbar perniagaan berpengaruh di
seluruh dunia yang terending sehingga menjadi buah mulut masyarakat
seleuruh dunia termasuklah kalangan pada pelabur.
Ditambah pula laporan berita tersebut
turut diselitkan nama Najib Razak sekaligus menjadikan nama Najib Razak
bukan sahaja popular di Amerika Syarikat tetapi di UK, Australia,
Singapore, Rusia, China dan lain-lain lagi.
Dan bagi Berita Semasa sendiri, tindakan
saman WSJ Wall Street Journal ini memang perlu bagi membersihkan nama
Malaysia amnya dan Najib Razak umumnya. Apa tujuan utama saman WSJ
sebenarnya? Untuk bersihkan nama atau mahu berkira-kira mengenai duit
sebenarnya?
Najib Saman WSJ di Malaysia atau Di Amerika Syarikat USA?
Di
Amerika Syarikat jikalau melibatkan kes sivil contohnya akan
menggunakan sistem juri. Walhal, sudah berbelas-belas novel hasil
penulis tersohor John Grisam dan belum ditambah dengan siri drama dengan
pelbagai sistem perundangan undang-undang Amerika Syarikat dipaparkan
kepada dunia. Sejarah telah membuktikan, di sanalah siri “damages”
paling banyak diputuskan.
Di Malaysia? Melibatkan Kes saman tokoh
perniagaan terkenal di Malaysia Vincent Tan dahulu berjumlah RM10 juta
terhadap majalah perniagaan Malaysian Industry sekitar tahun 1995.
Adakah mereka membayarnya? Pilihan bankrap bukankah masih ada.
Bagi Berita Semasa sendiri, apa yang WSJ tulis dan dakwa terhadap Najib Razak adalah isu yang sangat-sangat besar.
- Dakwaan RM2.6 billion masuk ke akaun peribadi bukannya perkara kecil
- Negara jiran kita Singapura tanpa banyak bicara saman WSJ atas artikel yang mempersoal badan kehakiman negara itu
- Singapura tidak peduli tentang berapa banyak pampasan yang bakal diterima. Apa yang diutamakan adalah maruah negara mereka.
P/S : Baru Berita Semasa sedar, keadilan
hanya boleh ditegakkan apabila hakim kenal plaintif. Jikalau hakim
tidak kenal, payah sikit. Ibarat keputusan hakim macam main kabel
agaknya. Ermm….
PPP/S : Berdasarkan semakan Berita
Semasa terhadap satu kes melibatkan pemandu teksi yang sama sekali tidak
popular langsung di Amerika Syarikat pun boleh menang saman satu juta
di sana. Jikalau pemandu teksi muslim yang tidak terkenal pun boleh
menang dan dapat 1 juta Dolar Amerika, Datuk Seri Najib Razak yang pernah main golf dengan Barack Obama berapa pula?
Laporan berita pemandu teksi tersebut anda boleh semak pada yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini…….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan