KLANG - Pas masih belum bersedia untuk proses rundingan mengenai
pembentukan pakatan baharu, namun mengakui tiada istilah tutup pintu
dalam berpolitik.
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, tawaran PKR
supaya parti pembangkang bekerjasama belum dibincangkan lagi dalam Pas.
“Buat masa ini kita perlu ‘cool down’ terlebih dahulu, sebelum ‘settle
down’, masih terlalu awal. Saya akui tidak ada parti akan berjaya dalam
pilihan raya sekiranya bergerak sendiri. Namun dalam kerjasama itulah
akan tercetusnya perbezaan pandangan,” katanya pada sidang media selepas
Majlis Mesra Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP) 1.0 di sini,
semalam.
Katanya, jika setakat untuk tawan Pulau Pinang atau Kelantan sahaja,
mungkin satu parti mampu namun sebaliknya di peringkat nasional.
Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Iskandar menepis persepsi
orang luar yang mengatakan Pas di Selangor ibarat kapal karam.
“Kami di Selangor tak rasa pun ada masalah, orang yang pandang kita macam kapal kami dah karam.
“Hari ini ahli Pas letak jawatan, esok dah berganti. Kita mungkin
banyak perbezaan, InsyaALLAH kita akan terus istiqamah bersama
perjuangan Pas,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan