Isnin, 14 September 2015

Pas setia di blok pembangkang, sama sekali tidak sertai BN

 
Biarpun tidak menyertai mana-mana gabungan pembangkang, Pas kekal di blok pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan BN atau UMNO.


Takiyuddin-Hassan_pakatan-new_600


PETALING JAYA: Pas kekal sebagai pembangkang walaupun tidak tidak menyertai gabungan pembangkang untuk menentang Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, Pas akan terus bergerak sebagai pembangkang biarpun terpaksa bergerka sendirian dan tidak menyertai mana-mana pakatan pembangkang khususnya Pakatan Rakyat 2.0.

“Kata sepakat yang kita capai kita semua pembangkang. Pas, PKR,DAP dan parti AMANAH pun pembangkang. Kita semua akan menentang Barisan Nasional.

” (Walaupun) tiada gabungan formal, namun kita semua dalam satu blok pembangkang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan antara Pas dan PKR di Ibu Pejabat PKR pada Isnin.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu menegaskan bahawa Pas tidak akan sesekali bergabung dengan BN.

“Tak ada yang menyeberang kepada BN,” katanya,

Sementara itu. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu masih lagi dalam perbincangan dalam pembentukan Pakatan Rakyat 2.0.

“Kita perlu masa untuk bincang (Pakatan Rakyat 2.0). Buat masa ini kita bincang benda yang utama dahulu.

“..Tetapi hubungan dengan PKR memang diteruskan, yang lain belum,” katanya.

Tiada ulasan: