Foto yang tersebar di laman sosial.
SHAH ALAM - Sebuah troli yang digunakan oleh dua orang wanita untuk
meletakkan anjing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
sudah dibersihkan.
Melalui akaun mikto Twitter Malaysia Airports @MY_Airports, troli
berkenaan sudah diasingkan untuk proses pembersihan yang sepatutnya
(samak).
"Harap maklum bahawa binatang peliharaan tidak dibenarkan berada di dalam bangunan terminal di dalam lapangan terbang.
"Terdapat notis yang disediakan untuk mengingatkan pengguna lapangan terbang tentang peraturan ini," kata Malaysia Airports.
Semalam, sebuah foto yang menunjukkan dua orang wanita berdiri
berdekatan sebuah troli yang diletakkan seekor anjing menjadi viral di
media sosial.
Ini merupakan kejadian kedua selepas insiden hampir sama berlaku di sebuah pasar raya, minggu lepas.
[ARTIKEL BERKAITAN: Viral gambar anjing: 500 troli kena samak]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan