BERNAMA
Pemain pasukan Kedah
Sandro Da Silva melompat bagi meraikan jaringannya pada perlawanan Liga
Malaysia di antara Kedah menentang Terengganu di Stadium Darul Aman
malam tadi. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR, Juara Liga Perdana, Kedah mengutip tiga mata berharga dalam saingan Piala Malaysia 2015 selepas melakar kemenangan selesa 5-0 ke atas Terengganu pada aksi Kumpulan A di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.
KUALA LUMPUR, Juara Liga Perdana, Kedah mengutip tiga mata berharga dalam saingan Piala Malaysia 2015 selepas melakar kemenangan selesa 5-0 ke atas Terengganu pada aksi Kumpulan A di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad Helang
Merah mendahului carta kedudukan Kumpulan A dengan empat mata hasil satu
kemenangan dan satu seri.
Penyerang import dari Brazil, Sandro Da
Silva muncul wira pasukan Kedah apabila meledak hatrik pada minit ke-51,
ke-66 (penalti) dan ke-81.
Dua lagi gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Muhd Farhan Roslan pada minit ke-71 dan Mohd Alif Fadzil pada minit ke-86.
Terdahulu, Terengganu terpaksa beraksi
dengan sembilan pemain setelah pengadil, Muhd Nazmi Nasaruddin
melayangkan dua kad merah kepada pemain pasukan pelawat yang melakukan
kekasaran ke atas pemain Kedah.
Muhd Hafizal Mohamad menerima kad merah
pada minit ke-24 selepas mengasari Muhd Farhan sebelum penyerang
Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha diperintah keluar padang pada minit
ke-75 selepas mengasari Osman Md Yusuf.
Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota
Baharu, pasukan Kelantan gagal mengutip mata penuh di laman sendiri
selepas seri 1-1 menentang Felda United pada aksi Kumpulan C.
Gilmar da Silva meletakkan skuad ‘The Red
Warriors’ di hadapan pada minit ke-48 selepas bijak menyambar bola yang
gagal ditangkap kemas penjaga gol Felda United, Mohd Farizal Harun,
sebelum pasukan pelawat menyamakan kedudukan hasil jaringan Ahmad Syamim
Yahya pada minit ke-63.
Malam ini, enam lagi perlawanan Piala
Malaysia akan berlangsung melibatkan, masing-masing dua perlawanan dalam
Kumpulan B dan D selain satu perlawanan dalam Kumpulan A dan C.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan