Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, Najib diminta untuk tidak hadir atas faktor keselamatan beliau sendiri.
“Sekiranya beliau muncul di sini pada hari ini, dia akan datang sebagai pemimpin dan ketua negara. Persoalannya sekarang, bagaimana pula dengan penerimaan semua pihak terhadap kehadiran beliau?
“Mungkin akan ada yang bersikap dingin (terhadap Najib)… Saya percaya, semua yang ada di sini mempunyai adab dan budi pekerti masing-masing. Mungkin sangkaan saya ini betul dan mungkin tidak. Bagaimanapun kami tetap nasihatkan beliau untuk tidak hadir hari ini,” katanya dalam sesi soal jawab selepas menceritakan pengalaman negara mendepani kerajaan dan menangani rasuah.
Najib disahkan tidak akan terlibat secara langsung dengan persidangan IACC yang akan berlangsung hari ini hingga Jumaat.
[ARTIKEL BERKAITAN: PM tidak akan hadir Persidangan Antirasuah]
Mengesahkan perkara tersebut, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Mustafar Ali semalam.
Paul dalam pada itu turut menegaskan kehadirannya pada persidangan hari ini dibuat atas kapasiti beliau sebagai salah seorang pemimpin dan bukannya hanya mewakili Najib semata-mata.
“… sebab itu saya yang bagi ucapan pada hari ini. Untuk ucapan saya hari ini pun saya tidak dapat arahan dari perdana menteri.
“Saya hanya cakap berdasarkan apa yang saya rasa perlu sebagai seorang menteri di negara ini,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan