PETALING JAYA - Ahli Cawangan Umno Kampung Mat Sirat Langkawi, Anina
Saaudin mempersoalkan cara pemecatannya yang disifatkan sebagai tidak
berasas dan menyalahi Prinsip Keadilan Asasi (Natural Justice).
Menurut Anina, surat pemecatannya bertarikh 1 September dan 2
September yang ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor yang tersebar melalui media dan laman sosial adalah
satu bentuk salah laku kerana dia sehingga kini tidak menerima apa-apa
surat rasmi dari Umno berhubung pemecatannya.
"Surat manakah yang menjadi asas kononnya memecat saya? Jika Yang
Berhormat Datuk Seri (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) belum
diserahkan dengan sebarang proses mahkamah, apakah asasnya Datuk Seri
mengeluarkan surat-surat bertarikh 2 September dan 1 September 2015 itu
dengan ejaan alamat saya yang tidak betul?" katanya pada satu sidang
media di Kota Damansara, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Umno fail saman kepada Najib]
Sebelum ini, Ainina dilaporkan digugurkan keahlian kerana mengambil
tindakan mahkamah kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pada itu, Anina berkata, sebagai Setiausaha Agung, beliau perlu
menunjukkan teladan yang baik dengan memenuhi peraturan parti serta
tertib dan adab orang Melayu dengan berkata benar bukan sahaja melalui
surat menyurat malah dalam semua perkara.
Semalam, pemecatan Anina telah disahkan oleh Setiausaha Agung Umno
itu sendiri melalui aplikasi WhatsApp yang disiarkan sebuah portal
berita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan