SHAH ALAM - Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin membidas
segelintir elit Umno yang beranggapan tangkapan bekas pengarah
PetroSaudi International, Xavier Andre Justo oleh polis Thailand
membersihkan maklumat buruk mengenai 1MDB.
"Walaupun tangkapan Justo oleh polis Thailand mungkin memberi kelegaan
kepada Umno elit, ia tidak akan memulihkan keyakinan kepada ekonomi
kita," katanya.
Dalam pada itu, Kadir juga berkata, Malaysia berkemungkinan akan
menjadi negara yang paling terjejas teruk di kalangan negara-negara Asia
dengan kebankrapan negara Greece.
Menurut laporan majalah pelaburan Amerika Syarikat, Barron Asia, yang
memetik Nomura Securities, selain Hong Kong dan Singapura, Malaysia
mempunyai pendedahan terbesar kepada tuntutan bank Eropah.
"Ini boleh berlaku jika bank-bank Eropah mengurangkan pegangan hutang
Asia mereka untuk membaiki kedudukan kewangan mereka yang disebabkan
oleh terkeluarnya Greece dari Zon Euro.
Tambahnya lagi, laporan Barron mengatakan, pada akhir tahun lepas,
tuntutan hutang bank-bank Eropah di Malaysia, bersamaan dengan 17.7
peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan tempat
kedua adalah Korea dengan hanya 8.7 peratus daripada KDNK.
"Greece, ekonomi kecil yang kurang daripada 2 peratus daripada KDNK
Euro kawasan ini, tidak mungkin dapat menjadi rakan dagangan utama bagi
pasaran Asia.
"Tetapi ia boleh menjejaskan Asia tidak seimbang jika bank-bank Eropah
mengurangkan pegangan hutang mereka di Asia untuk membaiki kedudukan
kewangan mereka dari Grexit," tulis Kadir di dalam blognya.
"Kita masih bergelut dengan isu seperti 1MDB (1Malaysia Develoment
Berhad), FGV (Felda Global Ventures), PPFI (Pembinaan PFI), SRCI dan
aliran keluar dana dan semua ini memburukkan ekonomi dan menjatuhkan
nilai ringgit," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan