PUTRAJAYA - Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan nama rasmi kementerian
yang diterajuinya dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata nama Kementerian
Pendidikan Tinggi itu sesuai dengan peruntukan akta yang berkaitan
dengan pendidikan tinggi.
Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak pada 28 Julai (Selasa) melibatkan portfolio Kementerian Pendidikan
Tinggi diwujudkan semula.
Dalam rombakan itu, Najib mengumumkan Idris untuk menerajui kementerian
itu manakala Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai timbalannya.
Portfolio Kementerian Pengajian Tinggi pertama kali diwujudkan pada
2008 ketika era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana
menteri.
Selepas Pilihanraya Umum ke-13, Najib menggabungkan portfolio itu dengan Kementerian Pendidikan serta melantik bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pendidikan dan Idris sebagai Menteri Pendidikan Kedua. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan