MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak layan soalan mengenai video kontroversi
di mana bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
mendakwa perdana menteri mengaku memindahkan RM2.6 bilion ke dalam
akaunnya.
Soalan itu diajukan ketika Najib beredar selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur malam ini.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan yang menghadiri majlis
yang sama, memberitahu pemberita selepas Najib beredar, bahawa perdana
menteri telah memberi taklimat kepada Majlis Tertinggi Umno mengenai isu
RM2.6 bilion itu.
"Beliau (Najib) tidak pernah menggunakan wang 1MDB dan masukkan ke dalam akaunnya," tegas Ahmad Maslan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan