Khamis, 30 Julai 2015

SPRM nafi pegawainya terlibat konspirasi jatuhkan k'jaan

MALAYSIAKINI


 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bahawa pegawai-pegawai kanannya terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.

Mengulas kenyataan yang disiarkan dalam blog-blog, SPRM menyifatkan segala tohmahan itu sebagai tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

"Tindakan yang diambil oleh pegawai-pegawai kanan SPRM adalah jelas bagi menjalankan tugas mereka sebagai pegawai SPRM, dan telah mendapat arahan dan dalam pengetahuan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan media.


"Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk kerajaan.
 
"Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

"SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan," katanya.


Tiada ulasan: