Khamis, 30 Julai 2015

Serpihan MH370: MAS tunggu pengesahan forensik

 
Menurut MAS masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan itu membuat spekulasi mengenai serpihan yang ditemui.


mas,serpihan


PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) kini bekerjasama dengan pihak berkuasa terlibat bagi mengesahkan laporan mengenai penemuan ‘flaperon’ pesawat di Reunion Island, Lautan Hindi.

“Masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan itu membuat spekulasi mengenai dari mana asalnya flaperon itu buat masa ini,” kata MAS dalam kenyataan medianya.

Ia merujuk kepada penemuan serpihan pesawat berukuran 2 meter panjang di Pulau La Reunion, di Lautan Hindi, kelmarin.

Ia kemudian dibawa ke Perancis bagi menjalani pemeriksaan dan ujian forensic.

Penemuan itu sekali gus mencetus spekulasi bahawa ia mungkin daripada pesawat MH370, yang hilang bersama 239 penumpang pada Mac 2014 lalu.

Menurut laporan AFP, serpihan misteri itu kelihatan seperti bahagian sayap kapal terbang, dan ditemui sekumpulan orang awam yang melakukan kerja-kerja pembersihan di pantai

Tiada ulasan: