Berminat pula saya menulis sambungan kepada posting saya yang lepas lanjutan dari isu perletakkan jawatan serta kebersaraan TS Taib (TSTM) dari kerajaan dan akan menjadi Gabenor Negeri kenyalang itu. Tentunya persaraan TS Taib ini merupakan peristiwa yang menjadi minat ramai untuk bercakap dan mentelaah tentang isu ini lebih mendalam lagi. Masakan tidak, TSTM merupakan Ketua Kerajaan yang paling lama sekarang ini, bukan sahaja dalam Malaysia malahan diantara yang terlama dalam dunia moden ini.
Moralnya Sarawak adalah sebuah negara yang bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah. Sarawak mempunyai kedaulatannya sendiri dan ia bukan setaraf dengan Perlis dan Melaka dari sudut tarafnya dalam Persekutuan Malaysia. Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu adalah ‘equal partner’ dan kedudukan itu sekali gus memberikan kita gambaran yang mereka di Sarawak adalah sebuah negara ysng khusus yang telah bergabung dengan dua buah negara yang lain.
Itu sebabnya tidak ada siapa yang mempersoalkan beliau satu-satunya
Ketua Kerajaan Negeri yang menggunakan kereta termewah dalam dunia
sekarang ini, Rolls Royce misalnya. TSTM adalah raja dalam kategorinya
yang tersendiri.
Taib sahajalah yang boleh secara terbuka melabelkan pegawai SPRM
sebagai budak nakal semasa cuba melakukan penyiasatan keatas tuduhan
rasuah terhadap beliau dan sehingga sekarang TSTM tetap unggul dan masih
mempunyai kuasa penentu bagi negerinya sendiri. Apabila beliau bersara
pada hakikatnya beliaulah yang akan menentukan pengganti beliau dan
tidak akan ada penentangnya.
Jika ada pun kesilapan pencarian terhadap penggantinya, ia akan hanya
dirasakan setelah penggantinya itu mentadbir negeri Sarawak selepas
beberapa ketika nanti. Bagi Putrajaya pengganti yang diharapkan mereka
ialah sesiapa yang boleh bekerjasama dan mahu menunjukkan sikap kompromi
dengan kerajaan Persekutuan untuk merapatkan pengaruhnya terhadap
Sarawak itu.
Banyak pendapat ramai yang berkata yang kalau pun beliau terlibat dalam
skandal rasuah seperti yang dipersepsikan dan berbagai lagi, tidak akan
ada sesiapa dikalangan Jemaah Menteri Persekutuan termasuk Perdana
Menteri sendiri boleh melakukan apa-apa tindakan penguat kuasaan
terhadap TSTM. Jika ia dilakukan terhadap beliau, TSTM boleh menunjukkan
‘middle finger’ beliau dengan santai sahaja. Pendeknya setakat hari ini
TSTM mempunyai ‘immunity’ yang tinggi dan tidak ada pihak nampaknya
yang mampu memberikan beliau tekanan politik oleh sesiapa di
Persekutuan ini.
TSTM menguasai segala-galanya di Sarawak dan kita tidak berapa
berkeyakinan yang penggantinya nanti mampu untuk memberikan kepimpinan
yang sama tarafnya dengan kepimpinan TSTM. TSTM merupakan seorang yang
mempunyai kepimpinan yang kuat kerana dalam banyak-banyak pemimpin
beliau sahajalah yang kita tidak mendengar berucap dengan retorik dan
slogan yang besar-besar. Selalunya hanya pemimpin yang kekurangan
keyakinan dirinya sahaja cuba menutupi kelemahan mereka dengan
berslogan, lepas satu slogan satu slogan yang lain pula wujud.
Pesanan TSTM supaya melindungi Sarawak ‘at all cost’ yang membawa
maksud jangan biarkan UMNO bertapak itu, memberikan persepsi yang amat
buruk kepada UMNO sebagai parti pemerintah sekarang. Dalam pada parti
itu menghadapi masalah keyakinan di Semenanjung dan Sabah, Sarawak pula
sedaya upaya cuba untuk menahan parti itu berkembang di Sarawak. Ia
membawa makna kepada Sarawak, UMNO lebih tidak boleh dipercayai. Tetapi
DAP dan PAS yang tidak mendapat apa-apa halangan untuk bergiat di negeri
kenyalang itu.
Semasa persaraannya nanti TSTM tidak banyak yang ‘outstanding’ dengan
pemimpin di Sarawak. Semasa persaraan tidak ada masalah tentang isu
kepelbagaian bangsa dan suku kaum serta agama walaupun katanya Sarawak
mempunyai 33 suku kaum yang tinggal dalamnya. Berbeza dengan Semenanjung
yang bergolak tentang isu Allah walau pun bangsa-bangsa dan suku kaum
di Semenanjung ini hanya kecil jika dibandingkan dengan Sarawak.
Ada pihak yang berkata di Sarawak tidak ada masalah dan isu yang
berkait dengan perhubungan kaum kerana Sarawak belum di sentuh oleh
UMNO. Jika UMNO telah mula menyentuh Sarawak tentu isu perkauman akan
menjadi hangat dan akan terus membelah kesatuan diantara kaum disana.
Pimpinan UMNO hanya kuat jika ada perbalahan diantara rakyat dan inilah
lebihnya TSTM dengan pimpinan UMNO Persekutuan. TSTM kekal dengan gah
sebagai pemimpin terulung dan terlama dalam keadaan aman damai. Itulah
kekuatan TSTM yang sebenarnya kerana beliau berkemampuan untuk
menyatukan semua suku kaum dan agama sejak mula menjadi Ketua Menteri
Sarawak itu dan telah kekal selama 33 tahun sebagai Ketua Kerajaan.
Dr Mahathir sebaliknya terpaksa memecah belahkan partinya sendiri untuk
kekal hanya 22 tahun berbanding dengan TSTM yang kekal selama 33 tahun
tanpa membelahkan partinya sendiri. UMNO telah mewujudkan dua parti
serpihan, Semangat 46 dan PKR semasa pentadbiran Dr Mahathir.
Walau apa pun kita jangan begitu yakin yang kestabilan semasa TSTM itu
akan berulang di zaman pentadbiran penggantinya sebab pimpinan yang
diasuh oleh TSTM belum lagi menunjukkan bukti tentang kekuatan
kepimpinan mereka. Selama ini mereka hanya selesa kerana duduk dibawah
dagu TSTM semata-mata. Sarawak tetap utuh walaupun kepimpinan
Persekutuan sedang menghadapi krisis keyakinan yang begitu besar sekali
dalam sejarah negara merdeka kita ini.
Hanya kita berharap keadaan yang berlaku di Semenanjung tidak akan
berlaku di Sarawak. Semoga pilihan TSTM untuk menunjuk penggantinya itu
merupakan pimpinan yang mampu untuk mengekalkan kestabilan politik
negeri kenyalang yang pesat membangun itu.
Jika diukur dari segi jangka masa pentadbiran dan kuasa yang diperolehi
TSTM merupakan yang paling berjaya dan ikuti oleh Dr Mahathir Mohamed
yang menguasai negara selama 22 tahun itu.
Najib pula merupakan yang paling tidak berjaya kerana baru menguasai 4
tahun sahaja kuasa kerajaan beliau telah menghadapi desakan yang amat
kuat untuk bersara dan yang paling kuat desakan itu datangnya dari Dr
Mahathir.
Tetapi seperkara yang harus difahami, yang saya maksudkan ialah
penguasaan siasah negara sahaja, bukannya menguasai politik negara yang
bermoral. Saya menyebutnya kerana dalam proses bertahan selama yang
dikehendaki mereka itu banyak isu moral telah diketepikan sehinggakan
banyak institusi demokrasi telah jahanam kerana mempertahankan pemimpin
yang moral mereka terbuka untuk dipersoalkan. http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan