Sabtu, 18 Januari 2014

Umno balas ‘flash mob kangkung’ dengan amaran 13 Mei

OLEH LOOI SUE CHERN


Ahli Umno yang berhimpun di Seberang Jaya hari ini untuk memprotes tindakan ADUN PKR, Lee Khai Loon. - January 18, 2014.Ahli Umno yang berhimpun di Seberang Jaya hari ini untuk memprotes tindakan ADUN PKR, Lee Khai Loon.























Susulan daripada tarian "flash mob kangkung" baru-baru ini, kira-kira 600 ahli Umno berhimpun di Seberang Jaya Pulau Pinang dengan membawa sepanduk berusurkan provokatif dan turut mengancam akan berlakunya tragedi 13 Mei sekiranya isu itu terus dimainkan.

Ia merupakan sebahagian daripada tindakan bantahan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon yang menganjurkan program parodi kangkung awal minggu lalu.

Flash mob yang diadakan oleh Lee itu terutamanya membabitkan adegan memasukkan sayur tersebut kepada replika wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak keyang mengundang kemarahan kumpulan Umno di mana selain berarak hampir satu kilometer hingga ke kompleks beli belah Sunway Carnival sambil memegang sepanduk dan melaungkan slogan "Allahu Akhbar" dan "Hidup Melayu"

Manakala sepanduk yang dipegang tertera dengan ayat "Menghina PM seperti menghina Melayu",  "Melayu Pulau Pinang bertahan kerana makan kangkung", "ABCD_ Asal bukan Cina DAP" dan "DAP musuh Islam.

Selain itu terdapat juga sepanduk berbunyi, "Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969... adakah anda mahu lagi?"

Pemimpin Umno negeri juga antara yang kelihatan menyertai kumpulan tersebut bertindak mengutuk Lee dalam ucapannya dihadapan kompleks beli belah tersebut.

Setiausaha Umno Negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir memberi amaran kepada Lee dan Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak bermain dengan merendahkan pemimpin, agama Islam, polis dan institusi Melayu lain.

"Sekiranya kami hilang kesabaran jangan salahkan kami," katanya.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya pula berkata tarian flash mob yang dianjurkan Lee itu tidak membantu menyelesaikan masalah.

Katanya gambar program parodi itu tersebar ke Timur Tengah di negara yang begitu menghormati Najib dan ia menyebabkan imej perdana menteri terjejas teruk.

Shabudin memberi amaran kepada Lee bahawa raja melayu merupakan simbol Islam dan perdana menteri merupakan pemimpin Melayu nombor satu di negara ini.

"Cara PR itu terlalu tidak masuk akal dan merendahkan pemimpin kami sekaligus telah mengancam lambang institusi Melayu dan Islam," katanya,

Dalam nada hampir berlawak beliau berkata "Anda juga turut makan kangkung dengan makanan 'Yong tao foo'.

"Malah kamu makan lebih dari kami maka kamu sebenarnya yang menerima manfaat apabila harga kangkung turun," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mencabar Lee untuk menganjurkan program flash mob lain.

Beliau berkata Umno pastinya akan bersemuka secara berdepan dengan pemimpin tersebut.

Tambahnya tidak akan menjadi satu masalah sekiranya berlainan pandangan namun bukan sehingga ke tahap menghina.

"Lagipun Najib seorang perdana menteri, beliau dilantik kerana mandat orang ramai, rakyat telah membuat pilihan dan kerana itu ia perlulah dihormati," katanya.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said berkata akan merancang himpunan membantah perbuatan Lee pada esok jam 10 pagi berdekatan dengan kawasan wakil pusat perkhidmatan PKR.

Bekas Ketua Pemuda Umno Dr Sheikh Hussein Mydin mengingatkan kepada PR bahawa Umno masih lagi memegang kerusi di Pulau Pinang dan akan menghentam Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana enggan berdebat.

Beliau yang menekankan isu kalimah Allah berkata penganut kristian sepatutnya menyerah memberi perkataan itu kepada Muslim dan menggunakan ayat gantian lain.

Rabu lalu, Lee menganjurkan parodi flash mob kangkung disertai hampir 15 orang di Alma Bukit Mertajam sebagai bantahan kepada kenaikan harga barang.

Kumpulan tersebut berhimpun di tengah laluan trafik sesak sambil melakukan adegan menyumbat kangkung kedalam mulut ternganga replika Najib sambil diiringi lagu kanak-kanak yang diubahsuai iaitu Lenggang-Lenggang Kangkung.

Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan pemimpinnya dengan berkata terdapat perbuatan teruk dilakukan Umno berbanding dengan flash mob tersebut.

Tiada ulasan: