MALAYSIAKINI
Gerakan Media Marah (Geramm) menggesa polis agar
tidak menggunakan alasan teknikal remeh dan longgar untuk menyiasat
himpunan Protes Pensel Merah pada 4 Januari lalu.
Dalam
kenyataan hari ini, Geramm menegaskan alasan ketiadaan notis sepuluh
hari sebelum himpunan itu berlangsung hanyalah bersifat "prosedural"
(tatatcara) kerana ia berlangsung secara aman.
"Alasan polis ini, kami ulang, hanyalah hujah teknikal yang remeh dan longgar selepas perhimpunan itu berlangsung secara aman, tertib dan lancar.
"Malah, anggota-anggota polis juga ditempatkan di lokasi perhimpunan bagi memantau keadaan dan dapat mengesahkan keadaan aman ini," kata Geramm yang ditubuhkan susulan penggantungan mingguan The Heat oleh Kementerian Dalam Negeri Disember lalu.
Perikatan longgar wartawan, aktivis media dan pekerja media itu juga menegaskan yang himpunan itu tidak bertujuan mengundang kemarahan mana-mana pihak.
"Ucapan, slogan dan tindakan kami pada perhimpunan Protes Pensel Merah juga tiada unsur provokasi kepada sesiapa.
"Oleh itu, Geramm beranggapan siasatan polis nanti (jika ada) tidak relevan dan kami langsung tidak ada niat di sepanjang kempen ini menimbulkan konflik dengan kerajaan, syarikat media dan orang ramai," katanya.
Pada masa sama, Geramm memaklumkan pihaknya akan terus menganjurkan program dalam bentuk siri dialog dan forum sehingga sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada 3 Mei depan.
"Kumpulan-kumpulan yang berminat untuk berdialog dan memahami
isu-isu kebebasan media dialu-alukan menghubungi kami," kata Geramm.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam menegaskan pihaknya akan menyiasat semua demonstrasi yang didakwa tidak mengikut Akta Perhimpunan Aman, termasuklah perhimpunan 'Protes Pensel Merah' yang dianjurkan Geramm pada 4 Januari lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan