MALAYSIAKINI
Orang ramai pelbagai kaum hari ini berkumpul di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Mereka membawa kain rentang dan melaungkan slogan menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menuntut harga penurunan harga barangan keperluan asas serta mengejek kenyataan kangkung perdana menteri.
“Kangkung turun” antara laungan yang kedengaran dalam perhimpunan itu.
Selain kangkung, pelbagai sayur-sayuran turut dikandar ke perhimpunan itu, sekali gus menjadikannya penuh warna warni.
Wakil rakyat pembangkang Lee Khai Loon yang terkenal dengan flash mob kangkungnya sebelum ini turut kelihatan, selain Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramzli dan exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.
1 ulasan:
KEMBALIKAN SUBSIDI PETROL UNTUK TURUNKAN HARGA PETROL SEMULA ... JADI TIDAK ADA SEBAB PIHAK LAIN MENAIKKAN HARGA BARANGAN LAIN ... PUNCA KENAIKAN HARGA BARANGAN LAIN ADALAH ITU ......!!!!
Catat Ulasan