Isnin, 20 Januari 2014

PERKASA: Jangan buang masa layan Anwar

MALAYSIAKINI




PERKASA hari ini berkata, Wisma Putra tidak perlu melayan tuntutan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan penjelasan berhubung larangan memasuki Jepun terhadapnya semalam.

"Tidak perlu buang masa periksa semula, (saya) terkejut dia menyalahkan Wisma Putera, sebaliknya Wisma Putra tiada kena mengena dengan imigresen...

“Dia pergi pun tidak beritahu Wisma Putra.

"Bila tidak boleh masuk, (baru) dia cari Wisma Putra," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini,” kata ketua penerangannya Muhammad Zahid Md Arip

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Zahid berkata, Anwar sepatutnya mendapatkan penjelasan terus daripada kedutaan atau imigresen Jepun yang menghalangnya.

Zahid berpendapat, sekatan tersebut menunjukkan bahawa Jepun tidak memerlukan anggota Parlimen Permatang Pauh di negara matahari terbit itu.

“Saya bersimpati, kasihan dia,” sindir pemimpin Pemuda PKR itu.

Sementara itu, beliau juga berkata, Anwar sengaja mahu menimbulkan kontroversi sekali gus mahu membesar-besarkan cerita.

"Dia (Anwar) rasa ini satu peluang baik untuk dapat publisiti murahan dan rasa diri dia hebat sangatlah. Isu ini bukan satu isu besar tetapi sengaja diperbesarkan Anwar," katanya lagi.

Tiada ulasan: