Isnin, 6 Januari 2014

Perhimpunan Tahun Baru 2014 (TURUN) : Peserta Derhaka Kerajaan (Darah Pemberontak “Bughah” Halal)!

 

Harun Sani Bughah



Setelah agak lama menyepi, tiba-tiba Mufti Perak, Tan Sri Harun Sani tampil menemplak peserta Perhimpunan Tahun Baru 2014. Berhimpun untuk bantah kenaikan harga barang, apa masalahnya?
Sependapat Berita Semasa, membunuh dibalas dengan membunuh. Dalam isu perhimpunan sempena Tahun Baru 2014 kali ini, siapa bunuh siapa tiba-tiba bersungguh-sungguh mahu membunuh orang.
“Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”
Perhimpunan Turun 2014

Bukankah negara Malaysia adalah negara demokrasi atau ……?

Dr Maza Harun Sani

Jikalau berhimpun seperti itu dikatakan haram dan berdosa kepada pemerintah, yang selama ini terkinja-kinja terlompat-terlompat layan konsert di Tahun Baru 2014, haram atau halal? Adakah ia dikira derhaka kepada Allah? Mohon pandangan Mufti Perak?

Dr Asri Harun Sani

P/S : Tak salah kalau kerajaan suruh rakyat berjimat, dan kerajaan (pemimpin-pemimpin) turut sama berjimat.

Tapi apa yang rakyat kesalkan melihatkan adalah sikap-sikap munafik sesetengah pemimpin yang hanya pandai berkata-kata, tapi gagal dalam bab melaksana. Renung-renungkanlah. Apa pandangan balas anda pula?

Tiada ulasan: