Selasa, 21 Januari 2014

Parodi sindir PERKASA si pembela kangkung

MALAYSIAKINI




Selepas kenyataan 'kangkung' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi bahan lawak jenaka, kini tiba giliran NGO pendesak Melayu PERKASA dijadikan subjek lelucon ketawa.

Ini kerana pertubuhan Melayu itu memberi amaran bahawa lawak mengenai sayur itu mungkin boleh mengundang peristiwa 13 Mei semula.

Dalam video yang dimuatnaik ke Youtube oleh kumpulan lawak popteevee pada 15 Januari lalu, nama Perkasa digunakan untuk singkatan "Persatuan Kangkung 1Malaysia".

Video berdurasi 6 minit mempersembahkan antara lain seorang lelaki dengan misai palsunya menerangkan bahawa Perkasa bukan kumpulan ekstrem tetapi satu gerakan untuk mempertahankan hak kangkung.

"Kangkung ini sayur yang istimewa... Sekarang ini dah ada sayur-sayur pendatang (seperti) saleri, brokoli.

"Macam mana pulak hak mereka lebih penting dari hak kangkung?" soal lelaki itu, dengan jelas merujuk NGO Perkasa yang sering memperjuangkan hak istimewa Melayu.

Pelakon itu juga membidas kenaikan harga sayuran lain berbanding harga kangkung yang turun.

"Sudah lama sangat kangkung terpinggir di negara ini. Salad-salad semuanya menyebabkan kami sesat dihujung jalan. Kita perlu balik ke pangkal jalan," katanya.

Tiada ulasan: