Ahad, 19 Januari 2014

MB: Isu Azmin 'kekeliruan', 'kesilapan teknikal'

MALAYSIAKINI





Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menolak dakwaan bahawa pengguguran Azmin Ali daripada Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKSN) bertujuan menyingkir atau mengetepikan timbalan presiden PKR itu.


Menyifatkan perkara itu sebagai “kekeliruan” dan “kesilapan teknik”, Khalid berkata, pihak tertentu tidak perlu membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.

Khalid malah berjanji menyelesaikan perkara itu secepat mungkin dan kemudian menjelaskan kepada masyarakat awam secara menyeluruh.

“Pentadbiran Selangor telus,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam sebuah acara di Klang hari ini

Tiada ulasan: