Isnin, 20 Januari 2014

Mat Sabu: PM patut rasa terhina, bukan Melayu

MALAYSIAKINI




Ahli politik Melayu Pakatan Rakyat hari ini tampil mempertahankan 'flash mob kangkung' anjuran Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk Lee Khai Loon yang dikatakan menghina Melayu.


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, beliau tidak terasa terhina dengan tindakan itu kerana ia melibatkan isu ekonomi yang menjejaskan semua bangsa dan bukan sahaja Melayu.

“Orang yang patut rasa hina adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memulakan isu ini dan Umno yang menjadikannya isu kaum,” kata Mohamad.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu berkata, menggunakan kangkung sebagai contoh tidak tepat kerana ia bukan makanan asasi seperti beras.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut mengkritik polis yang sepatutnya lebih menjaga keselamatan orang awam dan bukannya menjadi alat Umno.

Tiada ulasan: