Oleh: Basyar Abkadir
KUALA LUMPUR : Keluarga Datuk Seri Najib Razak akan terus kebal
daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
sekiranya suruhanjaya itu masih diletakkan di bawah Jabatan Perdana
Menteri.
Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin berkata demikian
ketika mengulas isu kekayaan melampau anak Datin Seri Rosmah Mansor yang
dilapor membeli satu unit kondominium mewah berharga RM110 juta
(USD33.5 juta) di New York.
“SPRM sekarang berada di bawah (Jabatan) Perdana Menteri. Bagaimana
ia nak menyiasat keluarga perdana menteri yang rasuah, sedang
perlantikan ketuanya pun berada di tangan Perdana Menteri,” katanya
ketika dihubungi.
Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, berkata, ini bukan
kali pertama isu berkaitan keluarga Perdana Menteri itu didedahkan dan
diketahui umum.
“Dahulu sebelum PRU 13 saya ada dedahkan tentang isu mengenai stesyen
jana kuasa IPP di Prai yang melibatkan Riza Shahriz. Sebelum ini
didedahkan juga isu
pembelian cincin RM 24 juta Rosmah Mansor, dan tiada penafian yang dilakukan oleh beliau (Rosmah).
“Sampai sekarang SPRM masih tiada respon terhadap pendedahan yang
dilakukan,” katanya sambil menggesa agar SPRM mengambil tindakan.
Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor
daripada perkahwinan terdahulu, dilapor membeli hartanah di West 63rd
Street di Park Laurel, New York, menurut laman web Sarawak Report.
Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real
Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik pada 19
November tahun lalu.
Satu laporan New York Times menyebut unit penthouse itu yang terletak
di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti
terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition. Riza,
memulakan
kerjaya perbankannya sebaik tamat pengajian di London School of
Economics pada 2000.
Laporan Sarawak Report menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan