KL TODAY
Selain
daripada Feri yang menjadi simbol tarikan ke Pulau Pinang, beca juga
merupakan salah satu tarikan yang masih kekal walaupun jumlahnya kini
hanya 150 buah jika dibandingkan 70 tahun yang lalu dimana jumlahnya
mencecah sehingga 2,250 buah.Beca yang
ada di Pulau Pinang kini dihias indah dengan bunga dan muzik serta
dilengkapkan pelbagai aksesori menarik sebagai salah satu kenderaan
bertayar tiga untuk membawa penumpang mengelilingi tempat-tempat
menarik sekitar Georgetown.
Menurut Pengerusi Persatuan Penarik Beca Pulau Pinang, Abdul Latiff Mohd,
67 tahun, antara 150 beca yang ada kini, 70 darinya adalah dipunyai
oleh pemilik beca sendiri.Manakala 80 lagi disewa dengan kadar harian
sebanyak RM3 sehari dari tuan punya beca yang majoritinya dipunyai oleh
taukeh-taukeh kaya di negeri ini.
Beliau
yang mempunyai pengalaman menarik beca sejak 50 tahun lalu, menyara
keluarganya dengan hasil titik peluh menarik beca mulai awal pagi
hinggalah ke malam.
Baginya beca sudah menjadi darah dagingnya sejak bergelar remaja sehinggalah bergelar datuk yang mempunyai 11 orang cucu kini.
“Sejarah
dulu upah yang diambil pada tahun 1960an hanyalah sebanyak 40 sen dari
jeti atau feri sehinggalah ke Jalan Penang. Tapi kini zaman telah
berubah.Upah yang dikenakan juga meningkat berdasarkan kepada jarak
perjalanan sesuatu tempat.
“Walau bagaimana pun setiap hari
purata yang mampu diperolehi oleh penarik beca tidak kurang dari RM40.
Namun kebanyakan penumpang adalah pelancong dari luar yang igin mencuba
naik beca, ” jelasnya lagi.
Namun begitu penyelenggaraan bagi memastikan setiap beca berada dalam keadaan baik harus diberi pertimbangan yang berat.
Tayar
serta tiubnya perlu ditukar setiap enam bulan sekali.Manakala
rantainya mesti sentiasa diberi perhatian supaya tidak mudah putus atau
kekeringan minyak yang menyukarkan ia untuk dikayuh.
Sementara itu Ah Peng, 68, dari Air Itam pula berkata, beliau mempunyai pengalaman menarik beca sejak 30 tahun sehingga kini.
Jika dibezakan pada zaman dahulu, banyak perubahan pada harga dan keadaan beca yang ada pada waktu ini.
“Walaupun
pendapatan tidak menentu kerana terpaksa mengharapkan pelancung dari
luar, setidak-tidanya nasib semua penarik beca di Pulau Pinang telah
terbela apabila setiap penarik beca diberikan sumbangan oleh Kerajaan
Negeri setiap bulan sebanyak RM100 sejak tahun 2010.
“Kami
perlu beratur untuk mengambil wang tersebut di beberapa buah bank
yang telah ditentukan oleh Kerajaan Negeri dengan bayaran tunai.
“Bantuan ini belum pernah kami terima dari mana-mana kerajaan yang memimpin negeri ini sebelum ini, ” tambahnya lagi.
Setidak-tidaknya
penarik beca di Pulau Pinang boleh menarik nafas lega dengan bantuan
yang diberikan bagi meringankan beban mereka setalah pendapatan tidak
menentu.
Mereka
juga amat berharap sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, kesemua 150
penarik beca yang ada di negeri ini, diberi sokongan melalui mana-mana
agensi Kerajaan Negeri maupun Kerajaan Pusat untuk mempromosikan
destinasi menarik dengan menggunakan khidmat kesemua penarik beca yang
ada di negeri ini.
Usaha
juga mesti diambil oleh pihak yang berkuasa bagi menaik taraf serta
memperelokkan beca yang ada masih daif dan buruk melalui pelbagai
program yang boleh meningkatkan pendapatan dan juga memastikan nasib
penarik beca kekal dibela, kerana majoriti dari mereka yang
menjadikannya sebagai sumber pendapatan adalah mereka yang hampir
bergelar warga emas.
Sumber: Malaysia Gazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan