Selasa, 14 Januari 2014

Kerajaan BN pilih kasih?

 
Daripada 100 buah panjang hanya dua buah rumah panjang terbabit




BETONG: Pemberian geran dan pinjaman kepada dua buah rumah panjang di N.31 Layar oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Alfred Jabu Numpang memberi persoalan yang besar kepada penduduk Betong.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, Vernon Aji Kedit mempersoalkan tindakan Jabu yang walaupun bagus untuk penduduk tetapi ternyata berat sebelah.

“Jabu sangat murah hati memberi geran sejumlah RM60,000 kepada rumah panjang Nyelutong dan jumlah yang sama kepada rumah panjang Penurin,

Layar mempunyai lebih 50 buah rumah panjang sekitar sungai Layar, 20 buah sepanjang Padeh dan 20 lagi di sepanjang Spak.

“Daripada 100 buah panjang hanya dua buah rumah panjang terbabit yang menerima bantuan daripada Jabu,” tegas Vernon dalam sidang media parti

“Sebetulnya, Jabu boleh memberi semua geran tersebut kepada semua rumah panjang tetapi beliau memilih untuk memberi kepada dua buah rumah panjang sahaja,

Jabu juga memperkenalkan Skim Pinjaman Rumah Panjang isi rumah.



Tempoh bayaran balik ialah 25 tahun dengan bayaran bulanan sebanyak RM65 sebulan dimana jumlahnya sebanyak RM18,888.88 dengan kadar faedah 3.5%.

Vernon berkata kadar tersebut lebih baik daripada kadar komersial tetapi sikap kerajaan menimbulkan persoalan.

“Penduduk akan berhutang dengan kerajaan selama 25 tahun,

“Tambahan, apa yang Jabu beri kepada setiap isi rumah di Nyelutong dan Penurin adalah biasa di mana RM2,000 sebagai geran dan pinjaman sebanyak RM10,000 iaitu jumlahnya sebanyak RM12,000 seisi rumah.

“Daripada jumlah tersebut hanya RM2,000 ialah percuma manakala RM10,000 tidak percuma tetapi lebih kepada pinjaman yang bakal menyusahkan penduduk selama 25 tahun.” tegas Vernon

Vernon menyifatkan pemberian wang kepada penduduk kampung untuk membaiki dan mengubahsuai rumah panjang mereka bukanlah pembangunan yang sebenar.

Tiada ulasan: