Sabtu, 18 Januari 2014

'Hanya tinggal RCI ruang untuk skandal PKFZ'

MALAYSIAKINI




Ekoran luahan hati bekas Menteri Pengangkutan Tun Ling Liong Sik berkaitan pendakwaan terhadapnya, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata ia menguatkan lagi gesaannya berhubung penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI ) mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang( PKFZ).

Katanya, ia untuk memastikan Ling dan seorang lagi bekas menteri pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy mendapat keadilan sekiranya benar mereka telah salah dituduh rasuah dalam skandal PKFZ.


Lim berkata demikian sebagai mengulas temubual di akhbar Sinchew Daily semalam, di mana Ling mendakwa Pejabat Peguam Negara (AGC) mula mengumpul keterangan terhadapnya hanya selepas dia didakwa di mahkamah atas tuduhan menipu berhubung projek PKFZ.

Ling dibebaskan Oktober tahun lepas, manakala tuduhan yang sama terhadap Chan digugurkan pada 13 Januari tahun ini.

Ekoran pendakwaan terhadapnya itu, Ling berkata, beliau telah hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman dan tidak dapat memaafkan AGC.

Tiada ulasan: