Malaysia Muflis Tanpa GST? (KLIK SINI).
Ok. Baik. Berita Semasa tiada masalah dengan GST. Jikalau di England
contohnya, setiap kali membeli barangan di sana. VAT akan dikenakan.
Sama sahaja….
“Value Added Tax (VAT) = GST“
Pelaksanaan GST di Malaysia : PRO @ KONTRA?
GST ada baiknya, ada buruknya. Yang
pasti dengan GST dapat menambaik penstrukturan cukai secara saksama dan
adil. Di mana golongan bracket tertinggi tidak akan terlepas dari
membayar cukai.
Daripada peringkat awal, barangan tersebut dikeluarkan sehinggalah barangan tersebut dijual.
Tetapi, masalah dengan GST yang cuba dilaksanakan kerajaan sekarang ini adalah :
Yang pertamanya, berkaitan kempen GST
yang Berita Semasa rasakan sesuatu yang pelik. Pelik kerana kerajaan
mengatakan Sales & Servis Tax (SST) tidak baik, dan GST itu lebih
baik kerana GST mampu kurangkan harga barang. Ha???? Pitam sekejap.
Kempen apakah ini yang cuba disuapkan
kepada rakyat sekarang? Berita Semasa tidak faham sebenarnya apa sebab
kerajaan menggunakan pendekatan yang sebegitu rupa. Hakikatnya, GST
memang akan meningkatkan harga barang. (CONTOH DI SINI)
Bagi pendapatan Berita Semasa, jikalau kerajaan mahu memperkenalkan sesuatu yang baru kepada rakyat, mulakanlah dengan :
“kempen yang mampu meyakinkan rakyat, bukannya memperbodohkan & merendahkan pemikiran rakyat“
Jikalau kerajaan menggunakan dana negara
untuk melamcarkan kempen kesedaran GST tetapi rakyat tidak percaya dan
meluat. Jadi, untuk apa adanya kempen yang sebegitu rupa?
Pelaksanaan GST di Malaysia : Permulaan 6% @ 2-3%?
Yang keduanya ialah, Berita Semasa
bersetuju dengan pelaksanaan GST tetapi kadar peratus permulaan
pelaksanaan GST terlalu tinggi. 6% tinggi sebenarnya. Mengejutkan bagi
Berita Semasa jikalau dibandingkan dengan negara lain di Asia Tenggara.
Berita Semasa merasakan adalah lebih baik untuk kadar permulaan GST diturunkan antara 2%-3% dan apabila rakyat telah memahami, terdidik dan terbiasa dnegan GST, baru dinaikkan kadarnya.
GST ada kebaikannya kepada menjana
pendapatan yang mampan kepada negara, GST boleh diperkenalkan tetapi
janganlah perkenalkan dasar baru seperti GST dengan cara radikal &
mengejutkan rakyat.
Kepada kerajaan, diharapkan jangan
terlalu gelojoh untuk memperkenalkan dasar baru kepada rakyat. Ingatlah,
sesuatu perniagaan tidak mungkin kita boleh mendapat keuntungan secara
cepat.
“Kita melabur, tetapi kita ambil sedikit demi sedikit supaya dalam konteks negara dan rakyat, Rakyat tidak terasa bebanan tinggi manakala negara mendapat manfaat.”
Harapan Berita Semasa, kerajaan perlu
nilai semula dan kempen kesedaran yang digunakan membolehkan rakyat
terima dasar GST sebegai satu keperluan negara.
Apa pendapat balas anda
pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan