Selasa, 21 Januari 2014

[DEMO MELAMPAU UMNO] BN Akan Hilang Deposit Di Lebih Banyak Kerusi - Mat Sabu

KELAB GREENBOC


 
 
Georgetown - BN bukan saja akan kehilangan deposit di kerusi Pengkalan Kota dan Berapit, tetapi percayalah mereka akan hilang lebih banyak deposit di kerusi-kerusi lain dalam Piihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.

“Bantahan dan demo secara melampau yang dipamerkan oleh ahli mereka di Seberang Jaya dan Bukit Mertajam baru-baru ini akan membuat masyarakat yang cintakan keharmonian benci kepada tindakan sedemikian.

“Jika mereka tidak mengubah akhlak dan perangai, saya begitu yakin, banyak lagi kerusi di Pulau Pinang akan hilang dalam PRU akan datang, apabila rakyat telah dapat membuat perbandingan antara kedua-dua pihak, ” kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semasa ditemui di Mahkamah Majistret, Butterworth pagi tadi.

Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang juga berkata, rakyat negeri ini sedang memerhatikan setiap gerakan pembangkang di sini.

“Apabila menyedari mereka adalah pembangkang, sudah pasti pelbagai tindakan akan diakukan bagi meraih sokongan masyarakat khsususnya umat Islam dan orang Melayu di sini.

“Namun begitu dengan paparan tindakan melampau sepertimana demonstrasi kelmarin dan malam kelmarin sudah jelas bentuk kepimpinan yang sebeginikah harus dijadikan pemimpin untuk memimpin masyarakat berbilang kaum dalam negara ini.

“Islam adalah agama mulia dan suci yang mesti dibuktikan melalui tindakan oleh umat Islam sendiri. Sekiranya Islam hanya pada anutan dan kepercayaan, tapi tidak diresapkan dalam sanubari ia umpama hiasan yang dilihat indah pada wajah tetapi buruk pada hakikatnya,” tambah beliau lagi.

Oleh kerana itu, umat Islam mesti buktikan bahawa setiap kekeliruan boleh diselesaikan melalui perbincangan dan mendapat pandangan dari mereka yang ahli dalam sesuatu isu yang diperkatakan.-malaysiagazette

ULASAN GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan.

Hukum kebenaran dan keadilan bersifat alamiah, tidak dibatasi dengan warna kulit, bangsa atau agama.

Berdemo sampai membelasah orang awam dengan letak undang-undang id tangan sendiri, mengeluarkan kata-kata perkauman adalah sesuatu yang melampaui batas.

Setiap yang melampaui batas akan tetap terhukum jua akhirnya. Malah Allah banyak kali menegaskan di dalam Al-Quran

إِنَّهُ لا يُحِبُّ المُسرِفينَ
Sesungguhnya Dia (Allah) tidak suka orang-orang yang melampau batas

Fenomena "kangkung" yang merupakan luahan dan bantahan rakyat terhadap peningkatan kos sara hidup bakal menghumbankan Najib, UMNO & BN dari tampuk kekuasaan. Mukhriz sendiri mengakuinya:

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang dasar “betul tapi tak popular” dalam menangani masalah khususnya kenaikan kos sara hidup rakyat menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan wajib mendengar rintihan pihak yang memberikan kemenangan pada BN dan dikhuatiri mereka kesal kerana "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".

"Malangnya dalam keadaan sekarang, BN menang tipis tak dapat dua pertiga majoriti seperti sebelum ini.
Ada perkara yang boleh dibuat, ada yang tak mampu dibuat selagi kita tidak dapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.

"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.

"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam Berita Minggu hari ini.
-petikan mk

Tiada ulasan: