MSO
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan yang dipukul
menyebabkan cedera di bahagian leher dan punggung masih tertanya-tanya
mengenai laporan polis yang dibuatnya berhubungan serangan oleh dua
lelaki terhadapnya.
Setelah lebih dua minggu laporan polis dibuat beliau belum menerima
apa-apa perkembangan atau maklumat mengenai status laporan berkenaan ini
menyebabkan timbul tanda tanya, apakah polis sudah mengambil tindakan
menyiasat kejadian itu atau belum?
"Sesuatu yang agak menghairankan juga kerana sehingga kini saya tidak
mendapat apa-apa maklumat mengenai laporan polis saya itu , atau
prosudernya memang begitu?" kata Adun berkenaan memaklumkan perkara
berkenaan dengan rasa kesal.
Disebabkan keadaan itu beliau keliru apakah laporan itu disiasat atau
tidak dan ia menghairankan kerana biasanya dalam kes-kes melibatkan
orang kenamaan polis cepat bertindak.
Dalam kejadian tengah pada 17 Januari lalu di sekitar Jalan Bayam Kota
Bharu, wakil rakyat berkenaan diserang oleh dua orang lelaki. Gara-gara
itu menyebabkan beliau tercedera di bahagian leher dan punggung.
Kecederaan di bahagian punggung agak serius dan kemungkinan ia boleh
membawa kecederaan kekal.
Ekoran kejadian itu wakil rakyat yang baru sepenggal menang itu membuat
laporan polis di Balai Polis Kota Bharu dua hari kemudian pada 19
Januari setelah dinasihatkan mendapat laporan perubatan terlebih dahulu.
Laporan itu diterima dan dimaklumkan kes itu akan disiasat di bawah
Seksyen 323 KK yang akan disiasat oleh Inspektor Siti Alina Mohd Adil
Natkunasingam.
Bersama laporan polis itu disertakan juga perakuan dari doktor yang
merawat wakil rakyat itu dan yang mengesahkan berlaku kecederaan agak
membimbangkan.
Beliau sangat berharap agar laporan polis itu akan diambil tindakan segera demi keadilan semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan