Selasa, 19 Februari 2013

Umno semarak sentimen kaum dalam Filem Tanda Putera

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Filem Tanda Putera berpontensi memecah belah kaum kerana mengandungi unsur rasisme, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Datuk Dr Toh Kin Woon.

Beliau mempersoal tujuan tayangan filem itu oleh Felda kepada 3,000 peneroka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Tanda Putera

Filem itu mengisahkan usaha mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman membangunkan tanah air selepas tragedi 13 Mei 1969.

“Difahamkan terdapat beberapa babak dalam filem itu yang berpotensi menggugat keharmonian antara kaum di Malaysia kerana berunsurkan rasisme.

“Adakah Umno bertujuan mendapatkan kembali sokongan peneroka dengan memainkan isu-isu perkauman dan agama?” soalnya.

Beliau berkata, rakyat patut diberi ruang demokratik yang baik untuk memilih pemimpin melalui penganjuran debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan kaedah sebegini.

Pada tayangan tertutup itu, peneroka menyaksikan bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Program tayangan khas itu diumumkan oleh Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya terdahulu, di PWTC.

Dilaporkan, acara yang tidak disenaraikan dalam buku program itu diadakan untuk warga Felda atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Tiada ulasan: