Shahbudin Husin
Sementara
tarikh pilihanraya masih menjadi teka-teki kepada semua orang,
keupayaan BN memenangi pilihanraya akan datang ini juga masih menjdi
misteri. Ada yang yakin menang tetapi tidak kurang yang merasakan BN
akan kecundang. Segelintir yang lain percaya hanya kemenangan tipis yang
mampu dicapai BN dan Najib akan dipaksa berundur berikutan prestasi
buruk itu.
Namun jika ditanya kepada Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO, keyakinannya ialah BN akan menang dua pertiga kali ini. Hujahnya ialah Najib seorang pemimpin super hebat yang sarat dengan pelbagai transformasi telah menyebabkan pengundi akan kembali memberi sokongan padu kepada BN. Woww! Bagi Ahmad Maslan, isu Rosmah, isu Altantuya, isu rasuah dan kekayaan anak isteri Najib serta pelbagai perkara yang dibangkitkan Deepak seolah-olah hanyalah isu kecil yang mampu ditutup oleh perwatakan serta kepimpinan bosnya, Najib yang super hebat itu.
Kemenangan
dua pertiga sebenarnya begitu sinonim dengan BN. Pemimpin yang gagal
berbuat demikian biasanya akan diterajang keluar. Tunku Abdul Rahman
pada 1969 dan Pak Lah pada 2008 adalah buktinya. Mahathir pula walaupun
begitu buruk kepimpinannya tetapi kerana sentiasa menang dua pertiga,
telah menyebabkan kedudukannya tidak tergugat. Jika Mahathir pun gagal
mendapat dua pertiga, misalnya dalam pilihanraya getir 1990 atau 1999
yang dilaluinya, tidak mustahil beliau juga tidak mampu kekal selama 22
tahun sebagai Perdana Menteri.
Najib amat
memahami situasi ini. Sebab itu beliau mahu menang dua pertiga.
Alasannya ialah untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat dan boleh
berkhidmat lebih baik kepada rakyat. Tetapi sebenarnya Najib amat takut
beliau juga bakal dihalau keluar dari singgahsana UMNO jika gagal
mencapai dua pertiga. Beliau dan Rosmah belum puas lagi menghuni Seri
Perdana.
Untuk
berkhidmat dengan baik kepada rakyat tidak memerlukan dua pertiga.
Banyak negara di dunia yang kerajaannya hanya menang tipis dan kerajaan
sering bertukar ganti tetapi rakyatnya tetap sejahtara dan dibela
dengan baik. Great Britian tiada majoriti dua pertiga, Jepun dan
Thailand pula pimpinan kerajaannya selalu bertukar tetapi rakyat mereka
lebih maju dan selesa daripada kita.
Hanya
Malaysia yang menggunakan hujah dua pertiga sebagai sandaran untuk
memberi kesejahteraan kepada rakyat walaupun hakikatnya kerajaan yang
terlalu kuat dan autoktarik sebenarnya lebih cenderung menjadi gila
kuasa, perasuah dan lupa diri.
Dengan
pelbagai isu yang timbul telah menyebabkan penolakan rakyat makin
ketara di mana-mana. Pengundi Cina nampaknya kekal mahu berubah, begitu
juga pengundi muda dan mereka yang celik IT. Pautan UMNO dan BN hanya
bergantung kepada golongan tua di luar bandar serta wanita dewasa saja.
Salah satu sebab Najib menangguh tarikh pilihanraya ialah kerana beliau masih was-was dengan kemenangan dua pertiga yang dikhabarkan ke telinganya. Selain Ahmad Maslan, JASA dan BTN juga dikhabarkan memberitahu Najib kemenangan dua pertiga itu boleh dicapai kali ini. Tetapi Najib nampaknya antara percaya dengan tidak dengan nyanyian itu. Beliau mungkin ada maklumat lain yang melaporkan sebaliknya.
Salah satu sebab Najib menangguh tarikh pilihanraya ialah kerana beliau masih was-was dengan kemenangan dua pertiga yang dikhabarkan ke telinganya. Selain Ahmad Maslan, JASA dan BTN juga dikhabarkan memberitahu Najib kemenangan dua pertiga itu boleh dicapai kali ini. Tetapi Najib nampaknya antara percaya dengan tidak dengan nyanyian itu. Beliau mungkin ada maklumat lain yang melaporkan sebaliknya.
Jika Najib
sendiri yakin dengan kemenangan dua pertiga, pasti sudah lama beliau
membubarkan Parlimen. Beliau tidak mungkin menunggu sehingga ke tarikh
akhir seperti sekarang ini. Selain penolakan rakyat makin ketara
terhadap UMNO dan BN yang terpamer di mana-mana, populariti Najib juga
makin merosot hasil beberapa kajian yang dilakukan. Barangkali ini yang
merisaukan Najib.
Tetapi
kini terdapat laporan sebagaimana yang tersiar dalam Malaysian Insider
bahawa BN boleh menang hingga 145 kerusi, suatu keputusan yang lebih
baik daripada 2008 namun masih tidak melepasi garisan dua pertiga.
Untuk menang dua pertiga, BN mesti menang sekurang-kurangnya 148 kerusi
daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Keyakinan
memenangi 145 kerusi itu ialah bersandarkan kemampuan memenangi semula
beberapa kerusi yang BN tewas dalam 2008 lalu seperti Parit Buntar,
Bukit Gantang dan Kuala Selangor.
Mungkin
ada yang setuju dan ramai pula yang tidak setuju dengan laporan 145
kerusi yang mampu dicapai BN itu. Walaupun penolakan rakyat dilihat
makin ketara dan angin perubahan juga bertiup di mana-mana, hakikatnya
laporan yang mengatakan BN masih boleh menang sama ada tipis atau
sehingga 145, sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil.
Ini
mengingatkan saya dengan perbualan dengan seorang bekas menteri UMNO
beberapa bulan lalu. Beliau tanpa berselindung merasakan BN masih boleh
menang dalam pilihanraya kali ini bersandarkan dua perkara yang masih
memihak kepada BN iaitu kuasa menggunakan jentera-jentera kerajaan dan
wang ringgit bertimbun yang dimilikinya.
Dengan menghadapi pilihanraya sebagai kerajaan, BN memiliki kelebihan kerana jentera kerajaan berada di pihaknya. Selain SPR, polis dan pelbagai jentera kerajaan lain yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya semasa kempen pilihanraya, BN juga memiliki jentera rangkaian media dan propaganda yang turut berpihak kepadanya seperti TV, radio, akhbar, Jabatan Penerangan, Kemas dan sebagainya.
Dengan menghadapi pilihanraya sebagai kerajaan, BN memiliki kelebihan kerana jentera kerajaan berada di pihaknya. Selain SPR, polis dan pelbagai jentera kerajaan lain yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya semasa kempen pilihanraya, BN juga memiliki jentera rangkaian media dan propaganda yang turut berpihak kepadanya seperti TV, radio, akhbar, Jabatan Penerangan, Kemas dan sebagainya.
Melalui pemilikan semua jentera ini, tidak syak lagi BN mempunyai kelebihan berbanding PR.
Kelebihan
kedua yang dimiliki oleh BN ialah wang. Sebagai kerajaan yang masih
berkuasa, BN lebih mudah mengumpul wang berbanding PR untuk menghadapi
pilihanraya akan datang ini. Pemberian beberapa projek besar dan
penswastaan kepada tokoh korporat tertentu seperti Syed Mokhtar
Albukhary dipercayai oleh banyak pihak sebagai langkah untuk mengumpul
dana pilihanraya bagi kepentingan BN. Tauke-tauke lain yang diberikan
projek kerajaan juga pasti bersikap murah hati membalas budi kerajaan
dengan turut menyumbang dana untuk BN dalam pilihanraya ini.
Dengan
pelbagai projek besar yang diumumkan Najib yang melibatkan pelabur
dalam dan luar negara, tidak menjadi kemusykilan dana besar mampu
dihimpun BN bagi digunakan untuk memenangi pilihanraya.
Melalui
kelebihan tunai itu, BN bukan saja mempunyai kelebihan mengatur
pelbagai program, mempelbagai dan menguatkan jentera parti, malah juga
mempunyai kelebihan untuk membeli undi. Walaupun rakyat sudah diberi
BRIM RM500 dan RM250 dan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar
sekolah yang dipaksa ibubapa menerimanya, jika rakyat diberi lagi
segumpal tunai menjelang hari pengundian, tidaklah mustahil kecondongan
pengundi akan lebih memihak kepada BN.
Walapun
rasuah dan suapan dibenci serta diharamkan oleh agama tetapi ramai juga
yang tidak geli bila duit masuk ke poket. Babi yang sama haram seperti
rasuah dianggap geli kerana masuk melalui tekak tetapi duit hasil babi
tidak sama gelinya bagi sesetengah orang kerana ia hanya masuk melalui
poket dan tidak menjejaskan tekak.
Kerana itu duit memang boleh mempengaruhi manusia dalam membuat keputusan walaupun ia rasuah dan haram disisi agama.
Bersandarkan
dua faktor yang pernah disebutkan oleh bekas menteri itu dan
tersebarnya laporan BN mampu menang sehingga 145 kerusi Parlimen,
keupayaan BN mencapai kemenangan yang diidamkan itu bagaimanapun
akhirnya terletak di tangan Najib sendiri iaitu sama ada beliau seorang
yang betul-betul berani menggunakan kuasa atau sebaliknya.
Jika Najib
berani dan pandai menggunakan kuasa serta memanfaatkan dua kelebihan
yang dimilikinya iaitu jentera kerajaan dan wang tunai itu, tidak
mustahil beliau mampu mengekalkan kuasa BN lagi dan menahan kemaraan
rakyat. Masih ramai rakyat yang miskin dan bergantung kepada kerajaan
mungkin memberi kelebihan atas perkara ini. Kemampuan Mahathir bertahan
selama 22 tahun ialah kerana beliau pandai dan berani menggunakan
kuasa, walau apa sekalipun orang bercakap mengenainya. Dunia
menempelaknya pun tidak dihiraukannya.
Soalnya
ialah sama ada Najib seorang yang berani dan pandai menggunakan kuasa
seperti Mahathir? Tidak lama sebelum ini Mahathir pernah mengkritik
Najib kerana takut menggunakan kuasa sehingga kerajaan lemah yang
diwarisinya menjadi bertambah lemah hari demi hari.
Sudahkah
Najib menjadi pandai dan berani menggunakan kuasa atau mungkinkah
Mahathir akan mengajar beliau cara-cara menjadi berani menggunakan
kuasa sepertinya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan